Saturday, March 30, 2013

Legoland



...  In shaa Allah, ada masa akak share pasal Legoland Trip kami  :)

Friday, February 22, 2013

Balik Penang. Woot. Woot.

Salam.

Tengah lunch break la nih.  Sebenaqnya nak cari dia sagi ada discussion dengan boss.  Akak takda idea nak sembang apa dengan dia.  Boleh macam tu?  So dia dah book tadi after Solat Jumaat, dalam 30mins dia nak discuss a few things; Process Implementation. 

Weh, sampai la akak tak dapat lagi Senior Admin kat office akak.  Boss akak tu cerewet sungguh lah.  Nak hat 30 tahun ke atas.  Awat?  Hat muda-muda nih tak boleh ka?  Akak dah arrange ada kot dalam 12 orang untuk mai interview post tu.  Sorang pun tak lekat.  Pastu boss akak dok pokpetopkpek suruh cari cepat.  Grrrrrrrr.

Hari nih berjaya siapkan quotation untuk MBSA yang submission date dia 1/3/2013.  Part akak, dokumen kewangan je lah.  Hat teknikal pastinya budak sales.  Lega satu hal.  Satgi lepas jumpa boss akak nak karang surat puiler.  Hat nak mengarang surat pulak.  Pagi tadi hang takmau mengarang kan?  Petang-petang baru nak mengarang.  Semoga idea sampai.  Pagi tadi sibuk siapkan tender KWP sebab submission hari nih.  Huhu.

OK, enough pasal kerja.  Sebenarnya hari ni akak dengan Emmy akan balik Penang.  Hoyeahhh.  Kebetulan Emmy ajak teman dia balik, akak relakan sahaja.  Hehehe.  Takkan nak biaq dia drive sorang-sorang balik Penang sana.  Since akak pun free this weekend, balik sahaja lah.

Semangat dok kata kat mulut saja lah.  Beg bukan kemas lagi pun.  Matlamat hari nih kena balik awal untuk pack bag, walaupun takdak apa pun nak bawa balik sangat pun.  Saja buat teruk nak kemas.

Merepek meraban serah kat akak.  Nanti sambung repekan lagi no.

Salam.
Related Posts with Thumbnails